Sunday, February 24, 2013

Monday, February 4, 2013

Suara Rakyat Malaysia: Senarai skandal rasuah, tiris dan bocor dalam Kementerian Pertahanan

Suara Rakyat Malaysia:
Senarai skandal rasuah, tiris dan bocor dalam Kementerian Pertahanan
1. Pada 9 Mac 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.2. Pada 7 Februari 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mendedahkan Kementerian Pertahanan sekali lagi sedia membayar RM6 bilion bagi enam kapal tentera laut, iaitu 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.3. Pada Disember 2010, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pada forum pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong berkata, Kementerian Pertahanan berbelanja RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.