Tuesday, September 25, 2012

Saturday, July 4, 2009

Sejarah UMNO yang dikaburkan

Click Here
Tamatlah sudah isu kerajaan perpaduan. Itu sebijak-bijak keputusan. Sekarang kita rapatkan jemaah untuk menjadi pengganti UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat. Ramai orang Melayu yang emosi seolah-olah jika tanpa UMNO, maka tiadalah Melayu. Tapi ramai yang terlupa (atau sengaja buat-buat lupa), atau mungkin tidak tahu (terutamanya anak muda yang baru hendak belajar politik) bahawa UMNO sebenarnya sudah tidak wujud!.

Setiap kali pilihanraya, atau apabila sokongan kepada UMNO sudah pudar, maka rakyat dimomokkan bahawa parti UMNO lah yang paling berjasa..
satu-satunya parti yang membela melayu..
mendapatkan kemerdekaan tanah air..
yang melawan komunis dan sebagainya.

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!


Utusan Malaysia 12 Feb 1988, berita berkenaan penubuhan UMNO Baru.

Utusan Melayu 16 April 1988, Ku Li memberi kenyataan mempertahankan UMNO lama dan akhirnya membawa penubuhan parti Semangat 46.

UMNO...DULU
Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union, mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.
Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 : ‘Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan agama.’
Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-

1. Menghapus tulisan Jawi
2. Perompak harta negara
3. Pengkhianat bangsa Melayu
UMNO BARUDiasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988)
NST 9 April 1988, Tunku cuba menghalang cubaan mengambil alih aset UMNO oleh Dr. Mahathir.
Berita Harian 7 September 1988,Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn membuat rayuan terakhir mempertahankan harta atau aset UMNO daripada diambil oleh Dr. Mahathir.
Asas dan tujuan penubuhan semula:-UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai lebih dari satu billion.
Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-
1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat
2. Perompak harta UMNO dan negara
3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP
4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)
5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman tanpa bicara (ISA)
6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w
7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar
8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAHyang hebat
9. Meroboh surau dan masjid ALLAH
10. Menyokong program hiburan maksiat
11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam kalangan bangsa Melayu
12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)


MENGAPA PENGGUNAAN NAMA 'UMNO BARU' TIDAK DI GUNAKAN?

Utusan Melayu 2 September 1988, Mahkamah Tinggi mengarahkan pengunaan nama UMNO baru dikekalkan.

Tapi...
Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai "UMNO Baru" kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Begitulah sehingga hari ini. Anak-anak muda yang buta sejarah begitu mudah mempercayai UMNO yang ada pada hari inilah yang begitu berjasa kepada negara. Walhal pemimpin UMNO yang asal sebenarnya puas dicemuh oleh Dr Mahathir dan sekutunya pada masa itu. Rujuklah sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.
Jadi,apalah sangat jika UMNO baru yang ada pada hari ini karam atau terkubur..
Jika UMNO yang asal,yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan telah diharamkan oleh mahkamah. Biarlah hayat UMNO baru yang ada pada hari ini dikuburkan oleh rakyat. Kerana rakyat semakin mual dengan UMNO yang sudah hilang "melayu", apatah lagi "islam" yang entah kemana hala tujunya. :author faethal

Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

Thursday, May 13, 2010

UMNO BARU Tidak Boleh Tipu Sejarah

Click Here
Buka minda, buka mata.
Aku malas nak berbicara,
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak pakai!
Jangan tertipu dengan usia UMNO sudah 64 tahun.

FAKTA:
UMNO BARU ditubuhkan pada 13 Februari 1988.
Umno lama telah diharamkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas sebagai "pertubuhan yang tidak sah".

Sebelum berlakunya pengharaman Umno lama, berlakunya krisis diantara Team A yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir dan Team B diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang dibantu oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim....

Selepas umno lama diharamkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghidupkan semula umno dan umno yang memerintah hari ini bukannya umno yang telah diperkenalkan Dato Onn bin Jaafar tetapi Umno hari ini adalah Umno yang diwujudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad atau dengan nama lain UMNO BARU.


Nah!...
Aku bentangkan helain berita usang Utusan semasa pengharaman UMNO..
...dan peristiwa-peristiwa penting tertubuhnya UMNO BARU!.
:Author Faethal



Tunku semasa menentang rampasan harta dan segala pemilikan UMNO lama oleh UMNO BARU.


Tunku ditemani Hajjah Marina Yussof.


Kenyataan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn terhadap menghalang UMNO BARU untuk memindah milik segala harta dan daftar ahli UMNO kepada UMNO BARU.



Permohonan 2 bekas PM untuk menghalang segala kerja jahat Mahathir memindah milik semua harta UMNO menjadi milik UMNO BARU. Akhir daripada peristiwa perebutan segala harta milik UMNO ini menjadi kepunyaan UMNO BARU.


Pembentangan Perlembagaan UMNO BARU oleh Ghafar Baba.


Caption gambar : "KEGEMBIRAAN penuh makna, PM Datuk Seri Mahathir Mohamad dan Timbalannya Ghafar Baba, serta Datuk Dr. Ling Liong Sik ketika mengumumkan pendaftaran UMNO BARU selepas mesyuarat BN di KL."


Perintah mahkamah untuk mengekalkan penggunaan nama UMNO BARU agar rakyat tidak terkeliru bahawa UMNO itu sendiri sudah terbatal.


Apa jadi pada UMNO lama, Tengku Razaliegh bertekad untuk meneruskan perjuangan UMNO lama yang akhirnya membawa kepada tertubuhnya parti Semangat 46.








Jika anda minat artikel ini :
thanks1
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->


Posted: Sat, 14 Jan 2012 15:31:00 +0000


SHAH ALAM – Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak membekukan aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai, menandakan Perdana Menteri mula memikul pertanggungjawaban awal, setelah mendiamkan diri selama tiga bulan.


Najib mengumumkan keputusan itu awal hari ini di Perak. Pengarah Stretegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, keberkesanan langkah membekukan aset itu bergantung kepada sejauh mana tindakan itu akan dilaksanakan.

“Saya menyeru Perdana Menteri memastikan bahawa kesemua aset yang dibeli menggunakan dana NFC oleh syarikat-syarikat lain milik keluarga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, turut dibekukan.

“Pendedahan PKR setakat ini jelas menunjukkan bahawa hartanah dan aset berharga yang dibeli tidak diletakkan di bawah NFC tetapi dimiliki oleh syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil,” katanya.

Semalam, Sinar Harian Online melaporkan Rafizi tetap konsisten mahu kepimpinan Najib membekukan operasi dan aset NFC, projek ternakan lembu, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat.

Menurutnya, kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bayaran dan menghalang NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting.

"Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," katanya.

Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan negara.


Sehubungan itu, Rafizi berkata, Najib perlu membentangkan pelan menyeluruh kerajaan untuk membekukan dan mengambil kembali aset-aset ini kerana tindakan membekukan aset NFC sahaja adalah tidak memadai walaupun ia satu langkah permulaan yang baik.

Mengulas tentang keputusan Najib menyerahkan kawalan projek NFC kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri, Noh Omar, beliau tidak setuju dengan keputusan itu.

Beliau mendakwa, keseluruhan penyelewengan yang berlaku di NFC adalah dibawah seliaan mereka sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.

“Kejadian dana yang besar yang dipindahkan ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat berlaku pada ketika kedua-dua orang menteri ini sepatutnya memastikan dana hanya dibelanjakan bagi tujuan aktiviti perniagaan NFC sahaja.”

“Kecuaian mereka sebelum inilah yang menyebabkan dana rakyat diselewengkan untuk membeli kondominium mewah, tanah banglo, melancong ke luar negara dan lain-lain,” katanya.

Rafizi berkata, tindakan Najib menyerahkan tanggungjawab kepada timbalannya dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seumpama mencuci tangan, dengan harapan kedua-dua mereka ini pula yang mendapat tempias.

“Rakyat tidak berminat dengan permainan politik dalaman Umno asalkan keseluruhan wang yang telah diselewengkan dikembalikan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.”

“Saya mendesak supaya langkah awal membekukan aset NFC ini disusuli pula dengan pelantikan pentadbir korporat untuk mengambil alih pentadbiran NFC dan melaporkan kepada Dewan Rakyat kesemua penyelewengan yang telah berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga menteri,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya tindakan membekukan aset tidak disusuli dengan perantikan pentadbir korporat, ia tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga seperti mana keputusan mengarahkan Shahrizat mengambil cuti berbayar selama tiga minggu sahaja.


Sinar Harian


Posted: Sun, 15 Jan 2012 15:07:00 +0000


Selama ini aku sangka bahawa Shahrizat itu merupakan seorang sahabat kepada Rosmah Mansor.. rupa-rupanya aku silap, kerana ada pihak mengatakan Shahrizat bukanlah kawan karib kepada Rosmah tetapi Shahrizat adalah kawan karib Najib..


Nong Chik dikatakan sebagai kawan karib Rosmah sebenarnya..

Nong Chik dakwa Nurul Izzah tak buat kerja

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.

“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).

“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.

Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.

“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.

“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.

Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."

Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon.

Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai.

“Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat.

“Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Sinar Harian


Posted: Mon, 16 Jan 2012 06:59:00 +0000


Dua hari yang lalu ketika berada di Parit Buntar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.


Bagaimanapun keesokannya anak Shahrizat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan telah berkata "Perniagaan syarikat berjalan seperti biasa,"

"Inventori daging lembu akan terus dibekalkan dan semua pesanan pelanggan akan dipenuhi. Tidak ada gangguan dalam pembekalan."

Wan Shaninur Izmir menambah bahawa aset NFC yang dibekukan sejak Disember tahun lalu tidak akan menjejaskan inventori mahupun bekalan.

"Saya ingin memberi jaminan kepada pelanggan dan vendor serta kakitangan kami bahawa perkhidmatan akan diteruskan dan peluang pekerjaan mereka adalah terjamin,” katanya.

Apakah yang Najib telah bekukan sebenarnya? Jika beliau berkata asset NFC telah dibekukan tetapi anak Shahrizat pula berkata operasi NFC berjalan seperti biasa?

Apakah Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

Tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

~Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.

~Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain.

~Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta.

~Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Apa yang Najib bekukan?


*******************************************

 
Kenyataan Pengurusan NFC Bercanggah Dengan Pengumuman Beku Aset Oleh Perdana Menteri

Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Encik Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku.

Tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan

Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih.

Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis KEADILAN diketuai Saudara Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Dato’ Seri Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas.

Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut:

Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

16 JANUARI 2012


Kisah - Kisah Najib Yang Kita Tidak Tahu..

Posted by Addin at 3/18/2012

Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

 

 

Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yang lain-lain.

 

 

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.

 

Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?

 

Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

 

 

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda.

 

Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

 

 

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas.

 

Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

 

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers 

 

 

 

Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian

 

 

 

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

 

 

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.

 

 

 

 

Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.

 

1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

 

Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

 

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

 

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

 

Rekod buruk Najib

 

 

 

Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

 

 

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

 

 

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.

 

 

 

 

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor

 

Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum teh. Razak memberitahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan dengan seorang penyanyi di Port Dickson.

 

 

 

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

 

 

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

 

 

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan

 

 

 

Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawal peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut.

 

Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

 

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

 

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

 

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?

 

 

 

Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

 

 

 

 

 

Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

 

 

 

 

UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.

 

 

Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna”crushed bocies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.

 

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

 

 

 

 

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO? ~malaysiachronicle